search your recipes

follow me on instagram.

Instagram

Tuesday, October 28, 2014

rancang perkahwinan



bercakap tentang 'wedding planning', semua orang mesti nak wedding yang glamor, meriah dan sempurna. tapi untuk kami yang kawin masa study, iaitu time2 poket takde la banyak sangat duit, yang paling sesuai utk kitorg adalah buat budget wedding je.. dan majlis kitorg serentak dengan kakak. so kira macam sewa kanopi, sewa catering, dais sume pukul rata je. sekali harung so jimat ler sikit..  hihihi

disebabkan masa kita setuju nk kawin pun masa tu kita dekat russia, semua persediaan yang boleh dibuat, kitorg buat secara jarak jauh. contohnya, tempah baju nikah

baju nikah kitorg design sendiri. pastu hantar gambar design dkt kak ipar suh hantar ke tailor. harga dia murah je sangat sebab hantar dekat kampung... 2 pasang baju laki pompuan, cuma dlm rm200 je.. cuma tu la, kita bagi design n ukuran je. dia xukur tengok betul2 badan kite, dia buat xcantik sgt la, tp ok je alhamdullillah org ckp cantik je.. hahaha...



kursus kawin dan documentations
tak de sijil kursus kawin xleh ler kawin.. hehehe... rm80 seorang untuk 2 hari. duduk dengar ceramah sepanjang hari.. documentations tu borang2 kebenaran nikah, borang saksi sume tu la... kalau selangor, download n print je from the website. kalau mcm faris, dia kena amik borang tu direct from pej agama daerah, n9. pastu bakal suami kena settlekan semua borang2 dia, amik cop pak imam ape sume, baru serahkan borang kat pompuan, pastu baru boleh submit dkt pej agama daerah berdekatan dgn tmpt tinggal pompuan tu.

booking tarikh dengan tok kadi
yang ni kena buat cepat gak sbb kena berebut. ramai orang nak nikah abad ini. mcm kitorg hari tu, sehari tu je tok kadi ada 3 org nk nikahkan... and dia terlambat sejam sampai rumah...

hiv test 
buat dkt klinik kerajaan je. murah rm1 ke rm2. tak ingat... rasanya result dia dpt hari sama... sorry lupa.. hehehe

mas kahwin
pastikan berapa harga mas kahwin semasa tempat menikah tu ikut negeri. selangor rm300. yang ni faris  gabungkan duit mas kawin dengan duit hantaran yg selalu orang bubuh duit atau pay cheque dlm frame gambar tu. tp faris bagi dalam bentuk dinar emas.

hantaran
disebabkan kitorang kawin budget, dah la budget, mcm keputusan tetibe dan cepat sangat plak tu, maka hantaran kitorg xde la banyak 5 balas 5 je. nk buat lebih2 tp takut xcukup duit plak. yg ni ada kirim dkt kawan yg g bercuti dkt europe tolong belikan bag/wallet/belt etc dkt shopping village. pastu kakak ipar g buat research dkt jepun, kirim dkt dia jam n camera. benda2 camni nampak mcm amboi, mahalnya hantaran kau. tp sebenarnya murah lagi drpd beli dkt msia... hehehe

Tak jumpa plak gmbr set hantaran drpd lelaki. 

hand bouquet
beli bunga2 dekat nilai 3. gubah sendiri... hantaran pun kitorang gubah sendiri. jimat jimat. hehehe... total kite dua orang punya harga bunga2, polisterin n bahan2 gubahan semua dlm rm200 lebih jugak. ok la drpd bayar upah hantaran sedulang rm80.

baju set persalinan untuk resepsi
kitorang ada satu je set persalinan ni. sebab majlis belah pompuan n lelaki dua2 buat dalam masa sehari. nikah pagi, resepsi pompuan tengah hari. malamnya resepsi belah lelaki. mula2 nak amik dress yang moden sikit dengan tux sume.. tp ibu suruh tradisional... so kitorg amik songket. warna pink salmon, nampak la sikit ada warna2 moden dlm set tu. sewa je. dan sponsored. heheheh. tp terkilan sebab masa tu kitorg kan kelam kabut preparation dkt msia sebulan setengah je. masa tu dah dekat raya aidilfitri. sebelum raya, suruh org tu alter ikut measurement badan kitorg. lepas raya siap la. tp masa amik tu, dia takde tudung yg lawa. kita plak xsempat nk cari tudung. so tudung ittew tak cantikkk.. mcm tudung baby plak tuuu.. sobsobsob...

pelamin
lagi la. simple yang amat. ha ha ha... kitorg kawin 2 pasang couple. ittew dgn kakak. tp pelaminnya utk satu couple je... konsepnya duduk bila nk amik gambar je wakakakaka... rm2k lebih je. pelamin+meja makan beradab+decor sesikit. yg ni pun ibu sponsored.

videographer dan photographer
yang ni kitorg banyak konflik sikit so last2 xde hire mana2 pun... family dan kawan2 je amikkan gambar. sobsobsob... sedih la gak. tp takpe la. ada je org record apa sume tu... n yg resepsi belah malam tu, abang kpd faris punya kawan jd official photog. free je. xtau la maybe abang faris yg bayarkan kot. tp kitorg xbayar pun. paling xleh blah photoshoot sampai 3am, dkt jalan bukit putus n9 plak tu... siap anjing menyalak ape sume. hahaha. adventurous betul pengantin ni ber photoshoot tgh2 malam.

jamuan dan majlis
belah pompuan, kanopi, catering, sume sponsored by ibu abah, n makcik pakcik yang sponsor sarapan pagi. buat dekat rumah je. belah malam, pun dibayar oleh ibu ayah. majlis tu buat dkt agro park seremban. persembahan2 silat, caklempong etc sume anak murid ayah. hehe

door gifts
yang biasa2 je. tempah senduk kayu from sabah. utk vvip ada cake ke ape tah, sponsored by aunts.

invitation cards
mak pak settlekan. heheh.. thank you!!!


make up
nikah dan resepsi belah pompuan. kakak ipar punya kawan bagi free make up service... cool kan? hewhewhew... yang malam tu kite mekap sendiri je.. gile menggelabah... hodoh tauuu... ;p nasib baik kawan abang si photog tu edit muka ittew jadi flawless. hahaha



wedding cake
yang resepsi belah pompuan, wedding cake mak kpd kawan baik sponsored. dia ada busniess bakery... best sgt2 dah la sedap... yang belah malam, sekali dengan catering xsilap...

henna.
adik2 je yang buatkan. hehehe.. xde corak la tapi sbb ittew sendiri xde masa nk tadah tanga buat corak2 tu... pengantin busy sangat sampai saat akhir sbb tolong uruskan majlis. malam berinai pun xde, so buat apa adanya je la...



tu je la yang teringat sekarang ni... wedding kitorg tak gah pun.. biasa2 je... segan je nak cerita dkt orang tp takpe la, kot ada yang nk tau camne budget wedding kitorg. dah la gambar lelawa xde sgt. dengan kelam kabutnya nk uruskan semua dalam masa sebulan stgh. itu pun alhamdulillah almost 80% kawan2 yang dijemput, hadir... SANGAT SANGAT terharu bila diorg sudi datang... even kawan yang dah 10 tahun xjumpa. huhuhu...

yang penting sekali nak kawin ni, kena ada pendirian, dan pegangan la. tak semestinya kena jadi warak baru boleh kawin. at least tau apa tujuan syariee kita berkahwin. apa peranan suami isteri, tanggungjawab terhadap mak bapak lepas dah kawin. apa dosa pahala bila dah jadi bini/suami orang. macam mana nak jaga hubungan dengan suami/isteri lepas kawin. kena belajar tolak ansur, percayakan pasangan, dan mengalah. pendek cite, x senang untuk mendirikan masjid. macam kena masuk belajar satu course khas utk berkahwin. kursus kahwin 2 hari tu xcukup, haih banyak sangattt... percaya la...banyakkan berdoa supaya Allah tetapkan jodoh yang terbaik buat kita. istikharah pun jangan lupa. dalila sampai pagi nak nikah tu pun still ragu2 macam takut bukan faris yang patut jadi suami. hehehe...

 pastu lagi satu, tarik2 muka, merajuk, tergigit lidah tu biasa la... kena pandai handle. biasa la masa dah duduk sebumbung baru nampak kan taring sebenar pasangan tu. hikhikhik... kitorang lagi la belum kenal sangat pun before kawin tu. 6 bulan je gap since kitorg setuju nak kawin, dengan tarikh kawin kitorg. mana nk sempat korek perangai dia. tp sebab dah kawin kan, takleh nk buat apa terpaksa tahan je la hakhakhak. takde la gurau je... kang merajuk plak cik abang tu baca ni. :p

Amboi nakalnya senyuman. Haha

Ni lagi satu, nakal.


Banyak lagi gambar nak share. Tp pening kepala nak pilih :p

so tu je la nak cite malam ni.. panjang sangat dan membosankan.. selamat berkahwin dan goodnight! >.<












Wednesday, October 15, 2014

baby's gender. anton ili yulia?

Assalamualaikum hi ... :)

anton ili yulia Saje je tu. typical Russian name. satu laki satu pompuan .. hehehe ...

sebenarnya memula nak baby boy. tp lama2 nak gigirl plak sbb nak buat ootd sama2 nanti hakhakhak... jauh di sudut hati je la... tak kisah la Allah nk bagi boboy ke gigirl... asal cukup sifat, sempurna, hensem, comel, dah cukup. hehehe...

bentuk perut
orang kata kalau perut mama dia lonjong cantik bujur macam telur rebus, tajam ke depan insyaaAllah boy. kalau dia melonjong ke tepi pinggang , pompuan. hari tu masa umur baby baru 18weeks perut ni takde la obvious sangat buncitnya. mcm gergasi lepas melahap je... so xtau la cane bentuk perut ni. dan ia agak merisaukan jugak la fikir2 ada ke idok budaknya dalam perut ni. hahaha... tapi mak mertua cakap memang tak nampak perut. tp pinggang dari belakang dah nampak lebor... pinggang dan pinggul.. ooppsss sentap sesaat. macam perli je tp takpe, sebenarnya nak sedapkan hati iye la tu ada budak sbb tu lebor... asyik duk risau perut xbesar sangat. hahahah

level perut
kalau perut tu tinggi betul2 bawah ribs dah nampak naik, maybe pompuan. kalau dia jatuh sikit, mcm paras2 pusat dia baru lonjong, ala mcm telur rebus la. londeh2 gituw, itu lelaki la tu insyaaAllah. kekekeke

muka mama pucat tak time preggy?
kalau muka pucat macam hantu kak limah, macam dpt baby girl. sbb baby girl tu serap kecantikan mama dia.(biasyerrr dierrr). kalau mama dia berseri2 cantik malah makin gorgeous, maka insyaaAllah baby boy... kalau dapat baby boy tp masa pregnant mama dia hilang seri, maybe baby boy tu girlish sikit, kot.. hakhakhak.. takde laaaa gurau jeee, jangan marah ;p tp sbnrnya ramai je tgk mama mama cantik sangat time pregnant, tp lahir2 baby girl... baby girl pun comel sangat persis telah mencuri kecantikan ibunya... hm, iols pregnant ke tak pregnant ke, muka cam hantu kaklimah jugak. hahaha

pemakanan suami
sebenarnya gender baby bergantung pada benih suami. so kalau suami tu banyak makan zat besi, kalsium, magnesium mcm susu, soya, banana, ikan2, or seafood, insyaaAllah dapat la lelaki... tapi kalau nk pompuan, rajin2 la suruh suami makan ayam. ehhehe...suami iols ni hantu susu. *raise eyebrow rapidly*

sebenar-benar nya, teori2 atas ni teori mak mak kita. selalunya betul. tp dalam medical, kalau nk rancang gender baby, ada caranya... memang betul suami bawa gender anak. jadi benih suami memang memainkan peranan penting. tapi tahap kesuburan isteri amat penting jugak. sebab itu kalau pergi pakar OnG, or buat buku pink ibu mengandung tu, mmg ada tarikh last menstrual(period). drpd tarikh tu je boleh tau macam2 jenis maklumat. benih suami pulak kitar hidupnya sekejap je. iaitu 72 jam. maka setelah habis 72 jam, syahid la semua benih2 itu. dan benih yg ada kromosom XY(lelaki XY, pompuan XX) tu kadang2 limited. so jangan bazirkan ia. seboleh2nya usahakan agar ia tak mati dalam masa 24jam... untuk mengelakkannya mati cepat, kena la tepat dengan time seboleh2nya waktu isterinya subur... sebab itu setiap perempuan digalakkan mencatat kitar menstruasi. sebab nak tau bila tarikh subur. selalunya 14 hari sebelum tarikh dijangka datang period. faham? >.<

ok enough with theoretical facts! jom sambung

dan setelah berteka-teki dan menunggu dengan tazabarnya, akhirnya gestation age 22+ weeks baru la dapat buat scan utk tau gender sbb buat antenatal check up dkt govt je. so ikut plan diorg mmg weeks 20+ kalau baby dah quickening(baby gerak dalam perut macam ikan berenang dalam plastic) baru boleh scan utk tahu gender. my baby belum gerak time tu so terpaksa tunggu another appointment...

hmm.. sooo yeah, husband hantu susu, so far bentuk perut mcm tak ke tepi sangat, erm perut macam londeh, seri muka sebelum dan semasa pregnant mmg tak berseri sgt pucat je dgn eybag n dark circle.



so my baby gender revealed at week 22+.. its a boy! alhamdulillah... :)



Me and my almost 20weeks tummy :)


Thursday, September 11, 2014

tips dan peranan seorang isteri.

assalamualaikum wrt. :)

lately ada yg bertanya macam mana dalila hidup berumah tangga... hehehe well it took some times for me to write. first because i procrastinate. second because i look for ideas while procrastinating. but of course ideas are original from myself n from what i do....



1) solat berjemaah
alhamdulillah, dan insyaaAllah kami akan sentiasa solat fardhu berjemaah sampai bila2. rasanya the only time yang kita xberjemaah cuma bila salah seorang drpd kita balik kelas lambat yang mana bila da sampai rumah, waktu solat dah habis. dan ada waktunya bila memang salah seorang drpd kita tak ada di depan mata untuk jangkawaktu yang lama. macam sekarang ni. heuheuheuuu.. :p

 sebenarnya, solat jemaah dengan suami ni perkara paling seronok bila dah kawin. sebab tu org tanya je, mesti jawapan ni la skema dia. heheh... lagipun, solat berjemaah boleh mengeratkan ikatan suami isteri sambil berehat sambil beribadah dan time lepas solat tu adalah masa yang paling selalu kitorg bincang masalah dan luah perasaan. masa faris melayan emosi dalila akibat pregnancy. penambah kemanisan sesebuah rumahtangga :)

2) makan berjemaah
pendek kata buat semua benda berjemaah dengan suami adalah kebahagiaan. tanda kesepakatan. tp time kitorg makan, time tu la time kita tengok movie/maharaja lawak/america's next top model/cartoon etc. kitorg xberborak sangat time makan. tapi memandangkn faris memang suka bercerita, kita kadang2 layankan je sambil mata ke screen. hikhik. lagi satu, kite xfocus kalau menonton. selalu faham cerita separuh jalan je. maka time faris nk habiskan tgk movie, dalila dah tergolek atas katil mcm ular kekenyangan. takpe yg penting makan tu yg berjemaah hahah

3) layan kerenah suami/isteri dengan ikhlas
dalila suka layan faris macam layan anak2 kecik. faris beli kinder bueno surprise yang bentuk telur banyak2 sekaligus pun kite xkisah... demi mainan di dalamnya.. takpe, kebahagiaan suami kebahagiaannya isterimu jua. baru2 ni dia hantar lagi gambar koleksi terbaru mainan kinder bueno, namanya mr. octopus prime. faris layan dalila senang je. dalila tak banyak kerenah. memang dalila xbanyak kerenah sangat sangat! hakhakhak. tipu! kerenah dalila yang paling xseronok dilayan adalah, merajuk dalila... kena tanya tuan badan la camne pujuk mek dalila ni. :p




Mr. Octopus Prime

4) cari minat pasangan dan aplikasi/adapt dalam diri kita


kalau suami minat benda lain, kita cuba sukakan diri kita terhadap minatnya tu. contohnya suami suka main games. kita xsuka. tp apa kata kita yg try. tumpang sekaki, enjoy sangat tau main game dgn suami. cakap macam ada pengalaman. haha memang ada. dalila sakit hati tgk faris asyik main game. xbox. pes. games dkt phone dll. sekali dalila join main games hari tu. mengandung pun steady je terlompat2 main xbox. kalau dalila plak, suka memasak. kalau time gigih berniaga dulu, dia dah pasrah jadi suami makcik kantin. memang kerja dia tukang goreng ayam, amik order and deliver foods door by door. tp kalau ada minat yang sama kita bagi bonus point! macam kitorg, minat yang sama adalah sports, music and shopping. kitorang akan pergi sports training sama2, support games diorang. kalau music dalila memamng boleh main gitar je. faris akan main instruments lain n menyanyi. shopping, takyah cakap la. dua dua suka melaram. duit je parat tekak.. haha





5) dengar kata
sebenarnya ini paling penting. isteri yang derhaka kepada suami x akan dapat bau syurga. masa kita kecik syurga di bawah tapak kaki ibu. lepas kawin syurga kita di bawah tapak kaki suami. tapi syurga suami still di bawah tapak kaki ibu ya. siapalah kita di mata suami? hahhaa.. :p maka taatlah cakap suami. dalam apa perkara sekalipun.. hatta kalau suami kata beli susu brand ni, jangan beli brand tu. hal kecik camtu je pun, kalau kita ikut cakap suami, dah cukup rasa best. sebab pengalaman dalila, pernah la degil. sebab dalila ni mmg kepala batu. lepas 'derhaka kecil' tu, rasa tak sedap hati. hehehe... dalila bukan baik sangat. :p

6) pergi ke mana-mana sentiasa bersama
orang kata belangkas ke, clingy ke, nak riak2 dgn perkahwinan ke, manja sangat ke, jangan la peduli apa orang kata.. orang yang positif akan suka tengok, dan mendoakan kebahagiaan secara tak sengaja. malah mungkin membuahkan rasa nak kawin dalam hati diorg. mungkin la... bagus la tu sebab mengajak orang mengikut sunnah Nabi secara tak sedar..



7) tolong menolong
amalan mulia. dalam aspek rumahtangga, dapat meningkatkan rasa kasih dan sayang. hahha. kalau rasa nk muntah, maaf awal2 ye hihihi... untuk point ni, tolong menolong adalah sesuatu yang untuk kitorg, mula2 kena paksa. hahaha... sebab sebenarnya kitorg sama pemalas. korang ingat dalila rajin sentiasa ke? hikhikhik... tapi pemalas2 pun takde la sampai pinggan mangkuk terbiar tak berbasuh 2-3 hari(yeker?? :p) selalunya kitorg bahagi2 tugas. siapa basuh pinggan siapa cuci bath tub, siapa vacuum, siapa basuh baju, siapa sidai n lipat baju. tapi bersabar la kalau pasangan lengah2 kan kerja.. kena biasakan sikit. n kena sedar diri pun suka lengahkan kerja. hehehe. lagi satu faris selalu iron kan baju or tudung dalila. best kan? hikhik. sebenarnya bila tengok pasangan tolong kita buat kerja, sejuk je rasa hati. sayang je.. hehe

8) buat surprise/ sediakan makanan kegemaran


bukak peti sejuk dah ada sekotak chocolate tulis note utk dalila yang nk buat orang terharu je. siapa tak suka? heheh... dalila dah ada script bila nampak faris tgh rehat2... 'nak air panas?' buatkan la minuman kegemaran dia spt mocha ke, latte ke, teh aik cheong ke. mesti bertambah sayang, insyaaAllah. sekali sekala masakkan fav food. kalau faris xde yang specific sebab dia memang makan semua yang dalila masak. kalau dalila, suka request dia punya kek batik. tersedap di alam semesta. hehe



9) mengaji bersama
ini patut bubuh point atas2 sikit tp tadi terlupa... kitorg akan mengaji bersama... faris akan check bacaan dalila n ajar tajwid, dalila akan check bacaan faris tp dalila xberapa mahir tajwid. perasaan dia best! kalau tak sempat buat hari2, buat bila free pun tak apa. even setahun sekali. hehehe

10) minta izin suami untuk buat apa2 pun.
kalau kita nak buat apa2, mesti minta restu suami. baru berkat.. pastu cakap terima kasih. suami akan rasa betapa dia penting dalam diri seorang isteri. nak puasa ke, nak g jumpa kawan jap ke, kalau balik class, nk pergi kedai kejap pun kena minta izin suami. sebab takut dia tunggu kita dkt rumah tak balik2 lagi.dalila nk reply message orang pun buat draft dulu, pastu suruh faris check. kot2 ada kata2 yang xcantik didengar ke, ada isi tak elok ke.. hahaha.. sebenarnya suami suka isterinya ada rasa kebergantungan dekat dia. sebab ada rasa 'aku kan bos!'



11) kena rajin minta maaf
orang lelaki terlalu senang memaafkan... kalau kawan baik buat jahat pun, simple sorry dah memadai. orang lain dalila xtau tp faris sangat memaafkan. kalau ada buat salah, cepat2 minta maaf dengan suami. takyah nak sombong2 dengan suami. satgi nk shopping minta duit dengan suami jugak. hakhakhak. tapi kalau orang ego tinggi langit mungkin amik masa sikit. kena amik masa lebih sikit tunggu reda sikit, baru engsot sikit dkt suami nk minta maaf. siapa la agaknya tu kan.

12) kena sentiasa saling mendoakan untuk kebaikan
cara menunjukkan rasa kasih, cinta dan sayang dengan lebih spiritual.

13) senyum selalu bila bertentang mata
sejuk hati memandang. kata pasangan kita ni qurratu a'yun. peyejuk mata, penenang hati, pendamai jiwa. :)



14) amalkan bersalaman cium tangan/dahi
kalau keluar rumah, samada pergi kerja/kelas/jumpa member. buat lah ni. salam n cium tangan suami manakala suami cium dahi isteri. selain dapat mewujudka rasa hormat terhadap suami, sebenarnya dalam diam tergugurlah dosa2 kecil si isteri. selain itu juga, dengan membenarkan suami mencium dahi isteri sama lah seperti menghadiahkan pahala kepada suami.

15) sering memuji pasangan
kikkikii.. siapa tak suka pujian. lebih2 lagi daripada suami sendiri... honestly dalila kurang suka dan percaya kalau orang duk puji itu ini. rasa mcm tak ikhlas n takut timbul riak. so pujian suami la paling daku dambakan. hehehe.. kadang2 kite yang sendiri tak malu minta dipuji. kata dambakan. maknanya dah gian drpd pujian la tu. hahaha... tak sebenarnya perempuan memang kalah pada compliments kan? mengaku ajer laa

dah la 15 points cukup dah rasanya. sebenarnya semua bergantung pada institusi keluarga memasing. apa yang dalila tulis ni semua daripada pengalaman dalila n faris. apa yang baik dalila dah kongsikan dekat sini. yang tak baik takkan nak share pula. kitorg pun ada perjalanan penuh duri onar dan selumbar. maklumlah tempoh berkahwin kami ni la tempoh kitorg nak berkenal2, sebab tak sempat nk kenal banyak before kawin. belajar

perangai dan tabiat masing2. memang banyak kena adaptasi. macam orang kata, takkan timbulnya pelangi kalau tak turun hujan ye dak? hikhiik

tapi apa pun, perkara yang paling penting adalah doa kepada Allah, dan cuba lah hidup berlandaskan agama dan syariahNya. lagi satu toleransi. amat penting! kalau dengan kawan2 pun takde toleransi, masing2 nak selfish, akibatnya jadi apa? sama je macam suami isteri. :)



ada lagi satu, amalkan doa ni ya. insyaaAllah. sebelum kawin pun dah boleh baca.

surah furqan:74



surah annur:32








Tuesday, September 9, 2014

Diari mengandung.

     First time pregnant haruslah excited lebih n perasaan dia lain macam sikit... Jadi boring2 ni terkeluar la tajuk mcm ni... Selalu recipe je kan dlm blog... :p

     Masa first trimester tu, usia kandungan dalam 5-6 minggu, time tu mcm xpercaya ada makhluk bernyawa dlm perut kikiki... sampai 5 kali buat upt(urine pregnancy test). Time tu ingat lagi, sekali buat tersalah almaklumlah takde pengalaman. Pastu excited sgt terus buat xtgk instruction. Xde hasil. Pastu buat kali kedua. Positif. Tak percaya jgak. Menggigil tau tangan. Time tu dah bgtau faris tp still in denial state... Esoknya beli lagi upt strip dkt kedai. N guna upt digital, mmg positif... Esoknya beli lagi satu untuk betul2 confirmkan... Kemain tak percaya kite kan... Alhamdulillah sangat2. Kitorg sangat bersyukur. Walaupun kitorg xmewah, belum berduit, habis belajo pun belum lagi, dah la duit banyak habis sebab kes passport kena curi dkt brussels tempoh hari, tp Allah bagi juga rezeki lain dalam bentuk nyawa... And Allah bagi tepat pada masanya sbb Dia bagi peluang untuk dalila sempat main netball n handball my fav sports masa intervarsity games bulan april, before pregnant. Alhamdulillah.

     Masa tu pengalaman dia hmmmmm.... Sakit tapi tak serik sbb xsemua org dpt rasa... Hihi... Mula2 tu mmg selera makan naik habis... Tiap 2-3 jam nak mengunyah. Bukan mengunyah, tp melahap.. Kena makan mknn berat2 sebab asyik lapar je. Hahaha... Tapi a week after that, and continue till the next few weeks (sampai final state exam kitorg), dalila dah dpt alahan teruk... Contoh alahannya ialah

1)tak boleh makan masakan sendiri
2)tak boleh makan masakan faris
3)tak boleh bau masakan esp minyak yg sdg dimasak
4)tak boleh bau faris
5)tak boleh duduk dekat dgn faris
6)tak boleh lama2 dlm keadaan vertical. Means kena baring selalu... And practically means, i slept a LOT! *wink*
7)tak boleh kawal emosi!!! ("Abg xfaham saya. Semua orang xappreciate saya!" Ntah apa2 nangis dlm keadaan sujud dan masih bertelekung. Yeaaaa and then gelak sorang2 sbb it was damn funnyyyyyy kahkahkahhh)

     So selama beberapa minggu tu cuma buah-buahan, susu, kismis, cereal, dan makanan2 org berdiet je yang boleh diterima tekak... Pendek kata makanan yg dimasak, xboleh masuk sbb xcukup duit touchngo nk bayar tol. Gitu... Hahaha sorry lawak hahahahahahaambar :p

    
6 weeks. First Check up with Dr. Jamelia. With other 2 moms-to-be

8 weeks. 

9 weeks

     Time tu perit, sbb time tu exam leave. Exam paling beso sekali plak tu kalau failed xleh la jadi doktor.. Tp alhamdulillah, bayi doakan ibu dia kot, walaupun kerja ibu dia tido je, study group abaikan, study sendiri lagi terabai, amik gambr bubuh dkt instagram je lebat, tp study nye renyai je... Hahaha.. Tp syukur, passed with flying colours, alhamdulillah...

     Oh ya lupa nak bagitau, first n second time buat check up tu dgn cikgu gynae. Untung jugak belajar medic dgn doctors. Boleh terus dpt treatment n consultations free. Tp tumpang cikgu kawan je yg dr uni lain.. Nasib baik still zero payment... Private clinic plak tu,,. Untung kau, nak. Hehe..

     Masa check up, baby baru 6 weeks. Time tu xnampak apa. Cuma nampak little heartbeats je. Bentuk jantung pun xnampak. Cuma macam sebiji seed yg berkelip2 sbb jantung berdegup. Kantung(uterus) pun xde bentuk. Dia mcm leper.. Leper tu maksudnya, ibunya tgh stress. Dalila stress sbb cuak first time buat transvaginal ultrasound(TVUS). Kalau stress uterus akan mengecut. Itu sebab ibu ibu mengandung dinasihatkan supaya jangan stress. Kalau stress, uterus tu affected n risk untuk ibu keguguran akan tinggi.

6weeks


  
8weeks. See the kantung x leper dah. Ibu nya dah xcuak buat scan :)

 12 weeks. Malas la nk rotate. Sorry. Lgpun xnampak sangat baby penyek. Hihi

     Ive had a really bad bleeding thrice. Of course its dangerous and it worried me. Early bleeding is a sign that u are pregnant. And its called implantation bleeding. Its when the fused eggs from mother and father started to embed into mother's uterus. Its a good bleeding. Second was when i stubbornly did the house chores excessively. I just cant handle boredom. And the third one when i stressed out too much and i walked really fast... See how bad and how fragile it was. The remedy for your first trimester are apparently CRIB! Complete Rest In Bed! And avoid pineapple, coke, caffeinated drinks, soda drinks( thats all i can remember) Take note dear moms-to-be :)

16 weeks. Still no tummy ang hyperactive as ever.  😝

    Ok continue. Masa tu kitorg xbgtau sesape pun lagi pasal kehadiran makhluk istimewa ni sbb takut jinx kan. Org kata the first few weeks tu risk utk miscarriage tu tinggi. So we waited n kept it low not telling many, but i was too excited i wanted to tell. Therefore the hints 'jellybean' that i posted everywhere. in case there are some who were curious :) that was it.

     N then when the jellybean was  at 10 weeks gestational age, we flew back to malaysia for good. Alhamdulillah i already can eat well. No more allergies (refer to the seven points of allergy above) all is well! Tipu! The #6 n #7 are still going on crazieyh

17 weeks


18weeks.

     Despite the allergies i had, the bleeding i went thru, the crazy emotions i showed, now alhamdulillah its going to be 20weeks soon. Exceeding more than a half pregnancy successfully. But my hereditary anaemia somehow worries me. I took meds n phyto haem from natural food but my Hb keep going down.  Im going to the next check up soon i hope everything will be okay... And yes my baby bump revealed only recently. Yes at the age of 4.5months... And just because i did a hurdle to search for normal readings, i hope this helps for you mothers-to-be. these are my measures at the moment. Circumference 35inches. Weight 57kg.

19weeks

Now im eager to know the gender! See you after next check up! Toodles :)

Monday, May 26, 2014

Devious red velvet cheesecake brownies


Assalamualaikum wrt. If you are one of my instagram(@dalilakmal) followers, u should know that i baked red velvet cheesecake brownies the other day, for sale.  crispy top, soft moisten texture, the little hint of  cocoa n the buttermilk with the runny cheese cream, who would resist? Devious i must say. It definitely will leave you with a hunt back, just like i do. Bake it almost like a  weekend must have desserts and so i thought i should share with the lovelies. Hahah. Luckily i have a sweet-toothed husband that he will somehow finish all of them at the end of the day. :p

Jot down ladies. Recipe is easy peasy. Tips, altho, in my beliefs, the best ingredients yield the best cakes. Hence i use quite pricey n high quality ingredients. And i do not bake or cook in anger. It will ruin everything. So smile and selawat when youre cooking/baking. It gives goodness to the eaters too.... So



For  40 brownies  (bite size) 

250g butter. Softened
2 cups granulated sugar
1/2 tsp salt
4 eggs
1 1/4 cups flour
6 tbs cocoa powder
2 tsp vinegar
2 tsp vanilla essence
3 tsp (or so) red coloring.

400g cream cheese
2 eggs
2 tsp vanilla essence
7 tbs powdered sugar

1) cream together butter, sugar and egg
2) add in cocoa, food color, vanilla, vinegar, salt and lastly flour
3) reserve 1/4 of batter in another bowl
4) the remaining batter, into the 12'x8' tray, lined with greased patch paper
5) mix ingredients for cheesecake altogether, and pour on top the red batter in the tray
6) with a spatula, spoon in the batter from the bowl, into the tray, making red patches
7) use your creativity to swirl and make red-cream color artwork. Hehehhe
8) bake until  cook. Its when u poke a stick into the cake, the stick will be clean when u take out.

The artwork hehehe

Another version without the cheese part. Still, divine 

P/s: not advisable to reduce sugar because sugar plays role to make crispy top. Brownies is all about cripsy top nonetheless :)

Bon appetit!

















Wednesday, March 12, 2014

belgian choc bread pudding, with mango custard sauce (baked)


using the excessive belgian chocs i got from brussels the other day, i made a special belgian chocs bread pudding out of it....

serve with mango custard sauce

recipe:
1) 7-8 sandwich bread
2) 2 tbs butter
3) *500ml fresh milk/or evaporated milk
4) *4 tbs sugar
5) *2 eggs
6) * 1 tsp vanilla extract
7) raisins or in my case, belgian chocs :)


1) spread butter onto each slice of bread
2) cut bread into quartlets
3) layer them into casserole and sprinkle choc chunks. i made 2 bread layers
4) mix all starred ingredients and pour into casserole
5) bake until cook. all liquid absorbed into bread and crusty



for the custard sauce

1) 1 canned evaporated milk.(400ml)
2)  100ml water
3) 2 tbs custard powder
4) 2 tbs sugar
5) few drops of mango flavour

-all mix together in a pot. mix well until it forms a thick custard sauce :)



** same methods used for STEAMED bread pudding. just avoid the oven. hehehe

Sunday, March 2, 2014

Malaysian sweets, Kuih Seri Muka

Malaysian's delicacies are mostly my husband favs. So what do I do when my sweet-toothed husband requested for this glutinous rice with coconut milk-pandan layer sweetness? asked my greatest cooking sifu the recipe and tadaaa.
 

ingredients:
1) 3 cups glutinous rice
2) 3 cups water
3) pinch of salt
4) 1 cup of wheat flour
5) 1 cup of sugar
6) 7 pandan leaf 
7) coconut milk from 1 coconut. or just simply use 2 packets of instant coconut milk(hehehe)
8) water around 2.5 cups.
9) 1 egg
10) green food coloring

how to cook:
1) clean the rice 3 times(sunnah) and cook it with 3 cups of water.

2) prepare your steamer

3) now lets make the coconut milk-pandan green layer. In a blender, blend your pandan leaves with some water just so it doesnt stuck in the blender. we are making the pandan extract. 

4) pour into a bowl through a sieve and squeeze. put the dregs aside.

5) mix the pandan extract with some coconut milk and measure so that the liquid mixture must be exact 1.5 cups

6) put them inside a clean blender, add sugar and wheat flour. blend. after everything is mixed well, add an egg

7) Into a big bowl, pour in the mixture and add another cup of coconut milk. so your total liquid mixture is 2.5cups. be sure that liquid measurement must be correct or else you will get a deformed green layer :p.. ouh dont forget put some green coloring to your mixture. :)

8) by the time you are preparing the green layer, your rice is already cooked, heats off and let it dry a little and add in 2-3 spoons of coconut milk and pinch of salt.

9) mix altogether and press them in a baking tray to make the white layer. youre pressing by your hand ,so wrap your hand with a small plastic bag and a little cooking/olive oil to avoid the stickiness. note that rice should be still hot while youre pressing it into the tray. so please use a folded newspaper/paper towel as your insulator. fold it and put inside your plastic bag and press firmly.

10) make several holes using fork and add a liiiittle layer of oil (this method is to separate white perfectly from the green layer)

11) put tray inside the steamer and pour in all the liquid part and steam around 1hour+

12) open the lid upon cooked






bon appetit!

homemade fruit soft curd(dadih)


I still remember when i was a kid, I was never a fan of this kind of soft slimy desserts. what more if it was made from buffalo's milk, originally. until i tried once and it wasnt that bad though. i tend to like it and learnt how to make it. of course i altered the original recipe. hahaha i use cow's milk instead of buffalo's milk. for those who are goat's milk lover, why not making your own goat's milk fruit curd. its so easy till i came to the extent where i make this to make my own side money. :)


from the simple flavor like strawberry, vanilla and chocolate, i started to make some other flavor like yam, mango, corn, banana, honeydew, lychee and pandan. and i created my favorite flavor too, marble gum and pina colada.


so is there any of you want to make your own 'dadih'?

all you need are:
1) 1/3 of 20 grams jelly strips(cut)
2) 7.5 cups (x250ml) water
3) 1litre of milk
4) 1.5 cups (x250ml) sugar
5) flavor
6) food colouring

how to make:-
1) boil water
2) add in the jelly strips into the boiled water until the water totally clear. no jelly strips left
3) add in sugar and cook until incorporate
4) reduce heat, add in milk and stir.
5) flavor and colouring
6) through a sieve , pour 2 ladles of milk jelly inside small cups or containers and keep in refrigerator overnight..

for marble gum and pina colada, a more complicated method is needed. all you need are its flavor, a little bit of coconut milk(santan) and artistic hand to create an oil-water-colour-like arts.