pagi nan suram. 6.30pagi. seperti kebiasaan pagi pagi biasa, jam begini semua 'housemen' akan sibuk mengalahkan perdana menteri, meneliti perihal pesakit2 di ward melalui komputer. kemudian barulah mereka akan pergi kepada pesakit satu satu untuk bertanya perkembangan mereka pagi itu. selalunya waktu-waktu ini, semua housemen akan meunjukkan perangai sebenar. yang mana tidak boleh dikacau, yang mana kelihatan sedikit 'selfish' apabila mengaku komputer itu dia yang punya. Tidak terkecuali juga yang mana akan mesej didalam 'whatsapp' bahawa beliau tidak dapat hadir pada pagi itu!Emergency Leave! suasana akan bertambah kalut apabila jam sudah menunjukkan jam 8 pagi. Ini kerana semua medical officers (MO) akan memulakan rondaan pagi sebelum pakar-pakar pediatrik datang untuk membuat rondaan. Begitulah rutin harian seorang houseman di jabatan pediatrik di sebuah hospital terkemuka dia lembah klang
Di suatu sudut komputer, Balqis duduk menelaah perihal pesakit yang dia harus jaga. pada setiap malam, housemen yang menjaga ward akan menentukan houseman mana yang perlu menjaga pesakit mana. Balqis berasa bersyukur kerana pada hari tersebut, dia hanya perlu menjaga 6 orang pesakit kerana kebetulan ramai houseman yang bekerja. Tidak seperti hari- hari biasa, seorang houseman perlu menjaga lebih kurang 8-12 pesakit.
"Aku kena review betul-betul patients aku hari ni. Bukannya ramai sangat patients aku. InsyaaAllah!" - monolog balqis bersendirian, dengan niat ingin menjadi yang lebih baik dari hari hari semalam.
Bukan apa. Balqis merasakan itu adalah rezekinya pagi itu. baginya, tidak perlu menjaga ramai pesakit adalah satu nikmat bagi houseman lemah sepertinya.
marah tengking doktor-doktor pakar sudah banyak yang dia telan. Air mata sudah berbaldi-baldi kalau ditadah.
balqis adalah seorang houseman yang biasa, kini berada dalam posting ketiga di jabatan pediatrik. hari hari yang dilaluinya di jabatan ini cumalah hari hari yang sedih bagi dia. dia bukanlah doktor yang akan dipuji kerana kepandaian, mahupun kemahiran. bagi Balqis, dia tidak mempunyai sebarang kebolehan. Jika ada kumpulan houseman yang dilanjutkan tempoh latihan dalam jabatan, balqislah salah satu orangnya. Dia dilanjutkan latihan dalam jabatan selama dua bulan atas sebab gagal meraih hati doktor pakar dalam ujian kecil yang dinamakan CBD (case based exam), lalu dihukum dengan tambahan tempoh dia di jabatan tersebut. Balqis menerima dengan redha. baginya, tak apalah 'extend', mungkin Allah kata aku perlu banyak masa lagi untuk pandai. Namun, qolbu semua manusia berbolak balik. Terkadang, hatinya berbisik kenapa lah dia tidak beruntung seperti orang-orang lain. Malah setiap hari cita-citanya untuk menamatkan pekerjaannya dan memulakan bisnes. Namun, demi anaknya, balqis terus bertabah dan berdoa agar diberi kekuatan untuk menempuhi alam kedoktoran yang nampaknya memberi Balqis seribu satu penyesalan. "Aku tidak boleh quit!. Aku bekerja lillahita'ala demi Nuhdan suamiku". Nuh adalah anak balqis yang ketika ini berumur setahun dua bulan"
=====================================
"Jom 'rounds'". - kata Dr Prema. Seorang MO di jabatan tersebut. Dr Prema adalah seorang doktor India yang berpengalaman lebih 2 tahun bekerja. dia sangat baik dan menyenangkan. sekali lagi, Balqis rasa bersyukur
"baby Marissa, 2 years old malay baby girl, previously no known medical history, never been admitted before, just admitted yesterday night for dengue fever day 5 in defervasance phase. resolved warning signs of vomitting and diarrhoea, not in shock. On examinations she is alert, conscious, pink, active on handling, warm peripheries, good pulse volume, hydration status good, tongue moist. clinically looks improving" - mukadimah Balqis untuk pesakit pertamanya di katil nombor 20.
" on lung auscultation, equal air entry, clear, CVS pansystolic murmur over right sternal edge, apex beat shifted to the left, per abdomen, soft, not distended, not tender, no hepatosplenomegaly"
dalam pada Balqis semangat memberitahu perihal Marissa yang dia sudah lihat and periksa sebelum Dr Prema tiba, Dr prema telah melakukan pemeriksaannya sambil mendengar pembentangan Balqis yang panjang lebar itu. Dr Prema memandang Balqis dengan penuh tanda tanya.
" betul lah, pansystolic murmur! Linda, cuba kau dengar CVS baby ni sekejap ". Kata Dr Prema kepada seorang MO lain yang meronda kubikel sebelah. Ternyata, 'acccidental finding' itu tepat. jarang jarang berlaku. Lagi- lagi pesakit denggi, di wad am. bukan di wad 'Paeds Cardio'.
=======================================
Seusai rondaan dengan doktor pakar pediatrik yang habis lebih kurang jam 12 tengah hari itu, Dr Prema datang kepada balqis. Balqis yang ketika itu sedang sibuk 'carry out plans' yang diberikan oleh pakar pakar pediatrik untuk pesakit-pesakitnya, terkejut dengan terpaan Dr Prema. terkejut balqis dibuatnya.
" Balqis, terror la you! macam mana you boleh jumpa murmur tu? kalau you tak bagitau, I pun tak tahu, you now? even MO semalam yang admitkan baby tu pun tak perasan baby ada murmur, siap apex beat shifted lagi. you pakai stethoscope apa tu?'
Seloroh Dr Prema yang baik hati, tapi isi percakapannya betul untuk dituju kepada balqis.
balqis cuma tersipu malu. Dia tahu, kadang-kadang, pesakit denggi selalunya vital signs, bunyi peparu, pemeriksaan abdomen dan 'I/O charting sahaja yang paling penting. kadang- kadang pemeriksaan jantung tidak diendahkan sangat. kadang-kadang! apatah lagi jika kebetulan pesakit ramai. tapi, atas rezeki Allah yang dia dapat 6 pesakit sahaja untuk hari itu, dan iltizam balqis untuk menjadi lebih baik dari hari hari semalam, dia berjaya mencapai sesuatu dalam sejarah dia menjadi seorang houseman pada masa itu.
"Thank you, Dr Prema! I pun xsure, sebab tu i present dekat you. I nak minta 'confirmation' dari yang lebih berpengalaman dari I. lagipun, stethoscope I murah-murah je. macam mainan pun ada. Tak sangka, memang betul murmur yang saya jumpa." - balas balqis sambil menunjukkan stethoscope pediatrik nya yang ada pelekat berbentuk panda.
" Tau tak, Dr Faizah dah refer dekat pakar Kardiologi kanak-kanak untuk baby tu?" siap dah further plan nak buat op lagi. ASD! Dia puji you tau!"
balqis terkejut dan berasa gembira. adik yang dijaganya tadi mempunyai 'Atrial Septal Defects', atas jumpaannya awal pagi tadi. dia berasa dirinya dipunyai oleh jabatan tersebut akhirnya. Dr Faizah, seorang pakai pediatrik yang terkenal dengan kelantangan suaranya tatkala memarahi houseman, telah memujinya. malah, doktor itu lah yang pernah membuat Balqis menangis teresak-esak sehingga staff nurse wad 6D terpaksa memujuknya.
Sepanjang hari itu, Balqis cuma tersenyum dan tidak lupa untuk memanjat kesyukuran kepada Ilahi kerana baginya, keseronokan pada hari itu, tidak lain datangnya dari yang maha Esa. Semenjak hari itu, balqis memasang azam untuk berusaha untuk menjadi yang terbaik, bukan hanya dalam jabatan pediatrik, malah sehingga tamat sesi latihan untuk pegawai perubatan siswazah baginya.
itulah salah satu kenangan manis buat Baqis yang tidak akan dilupakan~