search your recipes

follow me on instagram.

Instagram

Tuesday, October 28, 2014

rancang perkahwinan



bercakap tentang 'wedding planning', semua orang mesti nak wedding yang glamor, meriah dan sempurna. tapi untuk kami yang kawin masa study, iaitu time2 poket takde la banyak sangat duit, yang paling sesuai utk kitorg adalah buat budget wedding je.. dan majlis kitorg serentak dengan kakak. so kira macam sewa kanopi, sewa catering, dais sume pukul rata je. sekali harung so jimat ler sikit..  hihihi

disebabkan masa kita setuju nk kawin pun masa tu kita dekat russia, semua persediaan yang boleh dibuat, kitorg buat secara jarak jauh. contohnya, tempah baju nikah

baju nikah kitorg design sendiri. pastu hantar gambar design dkt kak ipar suh hantar ke tailor. harga dia murah je sangat sebab hantar dekat kampung... 2 pasang baju laki pompuan, cuma dlm rm200 je.. cuma tu la, kita bagi design n ukuran je. dia xukur tengok betul2 badan kite, dia buat xcantik sgt la, tp ok je alhamdullillah org ckp cantik je.. hahaha...



kursus kawin dan documentations
tak de sijil kursus kawin xleh ler kawin.. hehehe... rm80 seorang untuk 2 hari. duduk dengar ceramah sepanjang hari.. documentations tu borang2 kebenaran nikah, borang saksi sume tu la... kalau selangor, download n print je from the website. kalau mcm faris, dia kena amik borang tu direct from pej agama daerah, n9. pastu bakal suami kena settlekan semua borang2 dia, amik cop pak imam ape sume, baru serahkan borang kat pompuan, pastu baru boleh submit dkt pej agama daerah berdekatan dgn tmpt tinggal pompuan tu.

booking tarikh dengan tok kadi
yang ni kena buat cepat gak sbb kena berebut. ramai orang nak nikah abad ini. mcm kitorg hari tu, sehari tu je tok kadi ada 3 org nk nikahkan... and dia terlambat sejam sampai rumah...

hiv test 
buat dkt klinik kerajaan je. murah rm1 ke rm2. tak ingat... rasanya result dia dpt hari sama... sorry lupa.. hehehe

mas kahwin
pastikan berapa harga mas kahwin semasa tempat menikah tu ikut negeri. selangor rm300. yang ni faris  gabungkan duit mas kawin dengan duit hantaran yg selalu orang bubuh duit atau pay cheque dlm frame gambar tu. tp faris bagi dalam bentuk dinar emas.

hantaran
disebabkan kitorang kawin budget, dah la budget, mcm keputusan tetibe dan cepat sangat plak tu, maka hantaran kitorg xde la banyak 5 balas 5 je. nk buat lebih2 tp takut xcukup duit plak. yg ni ada kirim dkt kawan yg g bercuti dkt europe tolong belikan bag/wallet/belt etc dkt shopping village. pastu kakak ipar g buat research dkt jepun, kirim dkt dia jam n camera. benda2 camni nampak mcm amboi, mahalnya hantaran kau. tp sebenarnya murah lagi drpd beli dkt msia... hehehe

Tak jumpa plak gmbr set hantaran drpd lelaki. 

hand bouquet
beli bunga2 dekat nilai 3. gubah sendiri... hantaran pun kitorang gubah sendiri. jimat jimat. hehehe... total kite dua orang punya harga bunga2, polisterin n bahan2 gubahan semua dlm rm200 lebih jugak. ok la drpd bayar upah hantaran sedulang rm80.

baju set persalinan untuk resepsi
kitorang ada satu je set persalinan ni. sebab majlis belah pompuan n lelaki dua2 buat dalam masa sehari. nikah pagi, resepsi pompuan tengah hari. malamnya resepsi belah lelaki. mula2 nak amik dress yang moden sikit dengan tux sume.. tp ibu suruh tradisional... so kitorg amik songket. warna pink salmon, nampak la sikit ada warna2 moden dlm set tu. sewa je. dan sponsored. heheheh. tp terkilan sebab masa tu kitorg kan kelam kabut preparation dkt msia sebulan setengah je. masa tu dah dekat raya aidilfitri. sebelum raya, suruh org tu alter ikut measurement badan kitorg. lepas raya siap la. tp masa amik tu, dia takde tudung yg lawa. kita plak xsempat nk cari tudung. so tudung ittew tak cantikkk.. mcm tudung baby plak tuuu.. sobsobsob...

pelamin
lagi la. simple yang amat. ha ha ha... kitorg kawin 2 pasang couple. ittew dgn kakak. tp pelaminnya utk satu couple je... konsepnya duduk bila nk amik gambar je wakakakaka... rm2k lebih je. pelamin+meja makan beradab+decor sesikit. yg ni pun ibu sponsored.

videographer dan photographer
yang ni kitorg banyak konflik sikit so last2 xde hire mana2 pun... family dan kawan2 je amikkan gambar. sobsobsob... sedih la gak. tp takpe la. ada je org record apa sume tu... n yg resepsi belah malam tu, abang kpd faris punya kawan jd official photog. free je. xtau la maybe abang faris yg bayarkan kot. tp kitorg xbayar pun. paling xleh blah photoshoot sampai 3am, dkt jalan bukit putus n9 plak tu... siap anjing menyalak ape sume. hahaha. adventurous betul pengantin ni ber photoshoot tgh2 malam.

jamuan dan majlis
belah pompuan, kanopi, catering, sume sponsored by ibu abah, n makcik pakcik yang sponsor sarapan pagi. buat dekat rumah je. belah malam, pun dibayar oleh ibu ayah. majlis tu buat dkt agro park seremban. persembahan2 silat, caklempong etc sume anak murid ayah. hehe

door gifts
yang biasa2 je. tempah senduk kayu from sabah. utk vvip ada cake ke ape tah, sponsored by aunts.

invitation cards
mak pak settlekan. heheh.. thank you!!!


make up
nikah dan resepsi belah pompuan. kakak ipar punya kawan bagi free make up service... cool kan? hewhewhew... yang malam tu kite mekap sendiri je.. gile menggelabah... hodoh tauuu... ;p nasib baik kawan abang si photog tu edit muka ittew jadi flawless. hahaha



wedding cake
yang resepsi belah pompuan, wedding cake mak kpd kawan baik sponsored. dia ada busniess bakery... best sgt2 dah la sedap... yang belah malam, sekali dengan catering xsilap...

henna.
adik2 je yang buatkan. hehehe.. xde corak la tapi sbb ittew sendiri xde masa nk tadah tanga buat corak2 tu... pengantin busy sangat sampai saat akhir sbb tolong uruskan majlis. malam berinai pun xde, so buat apa adanya je la...



tu je la yang teringat sekarang ni... wedding kitorg tak gah pun.. biasa2 je... segan je nak cerita dkt orang tp takpe la, kot ada yang nk tau camne budget wedding kitorg. dah la gambar lelawa xde sgt. dengan kelam kabutnya nk uruskan semua dalam masa sebulan stgh. itu pun alhamdulillah almost 80% kawan2 yang dijemput, hadir... SANGAT SANGAT terharu bila diorg sudi datang... even kawan yang dah 10 tahun xjumpa. huhuhu...

yang penting sekali nak kawin ni, kena ada pendirian, dan pegangan la. tak semestinya kena jadi warak baru boleh kawin. at least tau apa tujuan syariee kita berkahwin. apa peranan suami isteri, tanggungjawab terhadap mak bapak lepas dah kawin. apa dosa pahala bila dah jadi bini/suami orang. macam mana nak jaga hubungan dengan suami/isteri lepas kawin. kena belajar tolak ansur, percayakan pasangan, dan mengalah. pendek cite, x senang untuk mendirikan masjid. macam kena masuk belajar satu course khas utk berkahwin. kursus kahwin 2 hari tu xcukup, haih banyak sangattt... percaya la...banyakkan berdoa supaya Allah tetapkan jodoh yang terbaik buat kita. istikharah pun jangan lupa. dalila sampai pagi nak nikah tu pun still ragu2 macam takut bukan faris yang patut jadi suami. hehehe...

 pastu lagi satu, tarik2 muka, merajuk, tergigit lidah tu biasa la... kena pandai handle. biasa la masa dah duduk sebumbung baru nampak kan taring sebenar pasangan tu. hikhikhik... kitorang lagi la belum kenal sangat pun before kawin tu. 6 bulan je gap since kitorg setuju nak kawin, dengan tarikh kawin kitorg. mana nk sempat korek perangai dia. tp sebab dah kawin kan, takleh nk buat apa terpaksa tahan je la hakhakhak. takde la gurau je... kang merajuk plak cik abang tu baca ni. :p

Amboi nakalnya senyuman. Haha

Ni lagi satu, nakal.


Banyak lagi gambar nak share. Tp pening kepala nak pilih :p

so tu je la nak cite malam ni.. panjang sangat dan membosankan.. selamat berkahwin dan goodnight! >.<












Wednesday, October 15, 2014

baby's gender. anton ili yulia?

Assalamualaikum hi ... :)

anton ili yulia Saje je tu. typical Russian name. satu laki satu pompuan .. hehehe ...

sebenarnya memula nak baby boy. tp lama2 nak gigirl plak sbb nak buat ootd sama2 nanti hakhakhak... jauh di sudut hati je la... tak kisah la Allah nk bagi boboy ke gigirl... asal cukup sifat, sempurna, hensem, comel, dah cukup. hehehe...

bentuk perut
orang kata kalau perut mama dia lonjong cantik bujur macam telur rebus, tajam ke depan insyaaAllah boy. kalau dia melonjong ke tepi pinggang , pompuan. hari tu masa umur baby baru 18weeks perut ni takde la obvious sangat buncitnya. mcm gergasi lepas melahap je... so xtau la cane bentuk perut ni. dan ia agak merisaukan jugak la fikir2 ada ke idok budaknya dalam perut ni. hahaha... tapi mak mertua cakap memang tak nampak perut. tp pinggang dari belakang dah nampak lebor... pinggang dan pinggul.. ooppsss sentap sesaat. macam perli je tp takpe, sebenarnya nak sedapkan hati iye la tu ada budak sbb tu lebor... asyik duk risau perut xbesar sangat. hahahah

level perut
kalau perut tu tinggi betul2 bawah ribs dah nampak naik, maybe pompuan. kalau dia jatuh sikit, mcm paras2 pusat dia baru lonjong, ala mcm telur rebus la. londeh2 gituw, itu lelaki la tu insyaaAllah. kekekeke

muka mama pucat tak time preggy?
kalau muka pucat macam hantu kak limah, macam dpt baby girl. sbb baby girl tu serap kecantikan mama dia.(biasyerrr dierrr). kalau mama dia berseri2 cantik malah makin gorgeous, maka insyaaAllah baby boy... kalau dapat baby boy tp masa pregnant mama dia hilang seri, maybe baby boy tu girlish sikit, kot.. hakhakhak.. takde laaaa gurau jeee, jangan marah ;p tp sbnrnya ramai je tgk mama mama cantik sangat time pregnant, tp lahir2 baby girl... baby girl pun comel sangat persis telah mencuri kecantikan ibunya... hm, iols pregnant ke tak pregnant ke, muka cam hantu kaklimah jugak. hahaha

pemakanan suami
sebenarnya gender baby bergantung pada benih suami. so kalau suami tu banyak makan zat besi, kalsium, magnesium mcm susu, soya, banana, ikan2, or seafood, insyaaAllah dapat la lelaki... tapi kalau nk pompuan, rajin2 la suruh suami makan ayam. ehhehe...suami iols ni hantu susu. *raise eyebrow rapidly*

sebenar-benar nya, teori2 atas ni teori mak mak kita. selalunya betul. tp dalam medical, kalau nk rancang gender baby, ada caranya... memang betul suami bawa gender anak. jadi benih suami memang memainkan peranan penting. tapi tahap kesuburan isteri amat penting jugak. sebab itu kalau pergi pakar OnG, or buat buku pink ibu mengandung tu, mmg ada tarikh last menstrual(period). drpd tarikh tu je boleh tau macam2 jenis maklumat. benih suami pulak kitar hidupnya sekejap je. iaitu 72 jam. maka setelah habis 72 jam, syahid la semua benih2 itu. dan benih yg ada kromosom XY(lelaki XY, pompuan XX) tu kadang2 limited. so jangan bazirkan ia. seboleh2nya usahakan agar ia tak mati dalam masa 24jam... untuk mengelakkannya mati cepat, kena la tepat dengan time seboleh2nya waktu isterinya subur... sebab itu setiap perempuan digalakkan mencatat kitar menstruasi. sebab nak tau bila tarikh subur. selalunya 14 hari sebelum tarikh dijangka datang period. faham? >.<

ok enough with theoretical facts! jom sambung

dan setelah berteka-teki dan menunggu dengan tazabarnya, akhirnya gestation age 22+ weeks baru la dapat buat scan utk tau gender sbb buat antenatal check up dkt govt je. so ikut plan diorg mmg weeks 20+ kalau baby dah quickening(baby gerak dalam perut macam ikan berenang dalam plastic) baru boleh scan utk tahu gender. my baby belum gerak time tu so terpaksa tunggu another appointment...

hmm.. sooo yeah, husband hantu susu, so far bentuk perut mcm tak ke tepi sangat, erm perut macam londeh, seri muka sebelum dan semasa pregnant mmg tak berseri sgt pucat je dgn eybag n dark circle.



so my baby gender revealed at week 22+.. its a boy! alhamdulillah... :)



Me and my almost 20weeks tummy :)